Noor Hasmiza Abdul halim tahun 2005
Dengan keputusan yang cemerlang beliau ditawarkan biasiswa JPA ke german dalam bidang Pharmatechnik di sebuah kampung terpencil di baden wüttermberg iaitu Sigmaringen. Disitu beliau meneruskan kecemerlangan sehingga tamat sijil Diplom dengan title Dipl. Ing. dan meneruskan ke peringkat Master di university yang sama dalam bidang Biotechnology. Sekarang adalah semester terakhir beliau dalam kursus master.
jejaka kacak tahun 2005
Pada tahun 2006 beliau telah dijodohkan dengan jejaka kacak yang juga pelajar di sebuah bandar termashur di german iaitu University reutlingen. Tarikh 20.08.2006 adalah tarikh keramat kerana beliau telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka kacak dan tampan itu dan sah bergelar isteri. Kehidupannya berubah menjadi lebih ceria di samping suami kacak tersayang.

20.08.2006 tarikh keramat, semoga bahagia dunia akhirat, insyaAllah
16 bulan kemudian beliau telah di kurniakan Allah SWT seorang cahaya mata lelaki yang comel dan bakal menjadi kacak seperti ayahnya. Budak lelaki itu dinamakan Muhammad Adam. Maka bertambah cerialah kehidupan Noor Hasmiza Abdul Halim di samping suami yang kacak dan anak yang comel itu.
Muhammad adam yang comel
Pada hari ini Muhammad Adam telah berumur setahun lima bulan. Ayahnya yang kacak berumur 26 tahun 2 bulan dan Noor Hasmiza Abdul Halim berumur 27 tahun. Selamat Hari Lahir Sayangku Noor Hasmiza Abdul Halim. Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keberkatan dalam hidup mu...Aminnnn

Selamat Hari Lahir ke 27 Sayang
2 comments:
iskk...iskkk..bagusnyer karangan..
Has..
epi besday..
semoga apa yang diimpikan..
akan tercapai, Insya Allah.
semoga kebahagian has kekal dunia n akhirat..
dan dirahmatiNya..
aminn
Selamat hari jadi Has dari kami sekeluarga di Sabah... cam tu tulis baru best baca.....
Adam bagi hadiah aper...??? Ayah Adam Pak Long dah tahu hadiah aper...???
Semoga berbahagia selalu...
Bagi jadilah nak ke Sabah tu...set tarikh siap2...
Post a Comment